top of page

Rakan Kongsi Sokongan

homepage_header_banner_1.png

HUB ESG PKS

Platform Sumber ESG Sehenti untuk
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia

Gerbang Untuk PKS Memulakan Perjalanan ESG Anda

Hab ESG PKS ini ialah platform sumber ESG dalam talian khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin membangunkan dan melaksanakan inisiatif dan program tindakan ESG dalam organisasi masing-masing.

 

Hab ini merangkumi daripada empat (4) gerbang utama di mana anda boleh mengakses pelbagai sumber di bawah setiap bahagian.

sme esg case studies & resources

Kajian kes dan sumber untuk memberikan inspirasi kepada perjalanan ESG PKS anda. Pelajari daripada kejayaan PKS yang lain.

SME ESG planning tools & resources

Sumber untuk membantu anda mula merancang perjalanan ESG anda. Rancang tindakan untuk kesan positif.

Resouces for SMEs to implement ESG actions

Sumber untuk anda membangunkan dan melaksanakan tindakan ESG. Berdasarkan rangka kerja 6 langkah Panduan Tindakan Kelestarian PKS.

Resouces for SMEs to communicate their ESG actions

Sumber untuk membantu anda menyampaikan tindakan ESG anda. Bagaimana kaedah-kaedah untuk memaklumkan khalayak ramai apa yang anda lakukan.

Tonton video ini untuk memulakan perjalanan ESG anda!

Tonton video pengenalan ini untuk mengetahui cara Hab ESG PKS  boleh membantu perniagaan anda mencapai matlamat kemampanannya. Dengan akses percuma dan mudah kepada pelbagai sumber dan alatan, anda boleh memulakan perjalanan ESG perniagaan anda.

thumbprint_case study_b.jpg

“Apabila kita mempunyai persekitaran kerja yang jujur dan melayan pekerja kita dengan betul, mereka akan membangunkan generasi akan datang dengan integriti, dan kita akan menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan”

​

Tam Wah Fiong

Pengerusi, Thumbprints Utd

hexa_03b.jpg

"Fikirkan bagaimana tindakan anda boleh memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, termasuk syarikat anda, pekerja anda serta lain-lain pihak."

​

Gary Gan

Pengurus Besar, Hexa Food

Adipven_02b.jpeg

“Apa jua penjimatan kos yang telah kami perolehi hasil daripada amalan-amalan mesra alam, kami telah menyampaikannya kepada pekerja kami. Ini mengujudkan suasana kerja yang mesra, di mana pekerja kami lebih komited untuk mempertingkatkan  produktiviti dan inisiatif.”

​

Ramakrishna Damodharan

Pengarah, Adipven

Perihal UN Global Compact Network Malaysia & Brunei

Sebagai peneraju bidang kemampanan perniagaan, UNGCMYB memacu tindakan pelbagai pihak untuk membentuk masa hadapan yang lebih mampan, berdasarkan Sepuluh Prinsip Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Matlamat Pembangunan Mampan. Menerusi pelbagai program, alatan dan perkongsian, UNGCMYB memajukan amalan perniagaan mampan selaras dengan agenda nasional negara untuk menjadikannya hab perniagaan mampan serantau.

​

Sama ada syarikat anda baharu mula mengamalkan amalan perniagaan yang mampan atau sudah pun menjadi pengamal kemampanan Perniagaan yang berpengalaman, sertai kami hari ini untuk membuat perubahan yang lebih besar.

Apa Kata Ahli PKS Kami

John Loh of Emerging EPC Sdn Bhd

"UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) berkongsi bimbingan dan maklumat yang terkini dalam penyelesaian kemampanan kepada Zofar Mechanical & Electrical Engineering Sdn. Bhd. Kami mempelajari amalan-amalan terbaik melalui pelbagai perkongsian, alatan, sumber, sokongan rangkaian tempatan dan latihan. Tambahan pula , kami diberikan panduan langkah demi langkah tentang cara mengakses, mentakrifkan, melaksana, mengukur dan menyampaikan laporan kami tentang amalan kemampanan kami."

Chow Wing Kah of Zofar Mechanical

Encik Chow Wing Kah

Pengurus Besar

Zofar Mechanical & Electrical Engineering Sdn Bhd

"Ianya satu penghormatan kepada saya kerana berpeluang menyertai Program Latihan Kelestarian PKS. Program ini sangat bermaklumat dan praktikal. Ia telah membantu saya untuk menjadi lebih analitikal dalam ESG dan perjalanan kemampanan syarikat saya. Saya amat menghargai kesemua kerja keras UNGCMYB!"

Jessie Ho of Homevest

Jessie Ho

Pengurus Jualan Korporat

Homevest

"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada UNGCMYB kerana menyediakan program latihan ESG yang luar biasa. Latihan ini membolehkan kami memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang ESG dan kepentingannya, serta membolehkan kami menjalankan operasi perniagaan kami dengan cara yang lebih mampan dan bertanggungjawab. Kami kini lebih yakin dalam mmenyampaikan nilai yang lebih besar kepada pihak pemegang taruh kami sambil menyumbang kepada pembangunan mampan. Program latihan anda telah memainkan peranan penting dalam membantu kami memahami kepentingan dan kelebihan ESG kepada perniagaan kami."

John Loh

Pengarah Operasi & Pembangunan Strategik

Emerging EPC Sdn Bhd

Dibangunkan Oleh

UN Global Compact Network Malaysia & Brunei

United Nations Global Compact (UNGC) ialah inisiatif dasar strategik untuk perniagaan yang komited untuk mengambil tindakan bagi memajukan matlamat masyarakat yang lebih luas. UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) ialah rangkaian tempatan rasmi UNGC, yang menyokong syarikat Malaysia & Brunei dalam membolehkan mereka menyumbang ke arah SDG dan mencapai kecemerlangan perniagaan melalui 10 prinsip, program dan alatan kami sambil menyediakan akses kepada perkongsian dengan pelbagai pihak berkepentingan – untuk berkongsi amalan terbaik dan penyelesaian baru muncul. Kami juga berusaha untuk meletakkan perniagaan Malaysia dan Brunei sebagai penanda aras dan agen utama dalam memacu dunia yang mampan.

T:03-2935 9051

Terima kasih kerana menghantar!

Rakan Kongsi Sokongan

bottom of page